Hikmahnya

Salam.

Ini la harinya. Hari yang patutnya sepenuh perhatian perlu ditumpukan sepenuhnya kepada manuscript writing. Typical of this kind of day, saya update blog. 

Otak beku
Tipikal juga untuk hari sebegini, otak jadi beku. Kadang-kadang kita panggil otak jammed . Berfikir menggunakan otak, definitely will use up all the energy. Tu sebab kalau berfikir menggunakan kepala lutut, tak penat pun atau berfikir guna otak sekejap-kejap, pun tak penat. Sekurang-kurangnya otak tu ada selang masa untuk rejuvenate. Itu tipikal untuk saya, sebab saya banyak berfikir guna otak sekejap-kejap, atau malas sangat guna kepala lutut sahaja. Otak jadi beku, mungkin la disebabkan work load yang kita bagi dia, kalau otak tu tak biasa dengan work load yang banyak seperti berfikir sepanjang hari.

Kepala lutut
Berfikir menggunakan kepala lutut ada kebaikan dan keburukan. Antara kebaikan ialah, tak perlu sakit kepala, otak pun tak beku. Keburukannya pulak, berfikir menggunakan kepala lutut ni memudaratkan seperti prone to commit mistakes, more often big ones rather than small.
Contohnya : Tidak save document in progress dalam external drive. Bila buka balik document tu, yang keluar hanyalah blank document. Macam kita Ctrl + A, pastu delete, pastu save, pastu tutup laptop. Itu yang jadi pada saya. Banyak sebab, tapi kita tak tau macam mana boleh jadi macam tu. Antara sebab :

1. Masalah pada laptop ni ha la. Virus ke spyware ke malware ke. Not that I noticed benda-benda macam tu  ada dalam laptop ni.

2. Makhluk halus. Certain makhluk, masuk dalam bilik, power the laptop, open the document, Ctrl +A, delete, then Ctrl + S. Hurmmmm... 

3. Saya la penyebabnya. Mungkin saya sleep walking, power the laptop, open the document, Ctrl + A, delete, then Ctrl + S, power off the laptop. 

Saya suka sebab yang no 3. Jadi selepas bercakap bodoh kepada diri sendiri sekali, kita kembali bekerja.

Hikmahnya
Walaupun orang memang suka cakap setiap yang berlaku ada hikmah, memang betul apa yang orang cakap. Insiden kepala lutut membuatkan saya jadi laju sedikit untuk menulis. Mungkin saya takut dengan kata-kata dari Prof yang boleh menikam hati saya jika esok saya tunjuk manuscript yang tak siap.
Sama sahaja dalam kehidupan sehari-hari. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semua benda la ada hikmahnya. Tapi kita kan manusia. Manusia sifatnya buta dan tak sabar. Jika berlaku sesuatu unpleasant, kita lagi selesa meletakkan kesalahan pada orang lain, dan kita suka menjadikan diri kita 'mangsa' dalam sesetengah situasi. Pada saya, jatuh bangun seseorang itu, adalah pada kemahuan diri sendiri. Saya sangat suka ini ;

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Ar Ra'd: 11)

Saya suka juga pada yang ini;

Every cloud has a silver lining
 
Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu
 
Jadi, darling-darling sekalian, semoga kita semua boleh bersabar dengan setiap dugaan, dan mencelikkan mata,  dan berada dalam limpahan rahmat Allah swt.

Laily




Come with me for the best is yet to be!

This is the day.
A real holiday. One day on my own. Haish I am not comfortable writing in full English la.haha.Sentimental jadinya. Kembali kepada bahasa.

Saya bangun lambat hari ni. Heaven. Tak perlu mandi awal. Rasa sangat comfy dalam baju tidur. Bergolek-golek satu dua round, saya capai buku, dan terus membaca. Heaven juga. Satu chapter habis, saya bangun untuk minum nescafe. Pasang lagu John Mayer. Sambung membaca lagi tepi pintu. Angin memang sepoi-sepoi bahasa, ditambah dengan sedikit matahari. Boleh buat iklan nescafe tak kalau macam ini? Hehe. Ini bukan hari yang tipikal untuk saya. Tapi, hari ini sebegini sangat tipikal semasa saya undergrad. Perasaan 'heaven' itu selalu ada masa saya undergrad. But, thank you Allah for today. I really enjoyed my morning time till noon. The good old days. Haha. Bukan nak cakap these days are no good, but these days, I wish I could have more 'the good old days'.

And now, the day has become 'half of the day'. How la kan?

Rasa macam nak pergi Aquaria. Rasa macam nak pergi tengok movie Real Steel. Rasa macam nak pergi makan kek. Rasa nak rasa cahaya matahari on my skin. Yet, tak boleh keluar lagi. Efek nescafe terlalu hebat. Tangan saya tak berhenti menggigil lagi dan jantung rasa macam nak meletup. Jadi, di sini la saya menghabiskan masa untuk hari ini untuk bercakap mengenai favourite subject.Haih.

Hari-hari yang saya lalui, saya berjumpa ramai orang. Saya kenal ramai orang. Saya perhatikan ramai orang. Orang fascinate me.

Ada seorang Makcik cleaner. Mari kita ringkaskan kepada Makcik C, sebab saya tak pernah memperkenalkan diri kepada Makcik C, dan dia juga begitu kepada saya. Makcik C tak pernah lekang dengan senyuman, dan sangat peramah. Sesiapa sahaja yang bertembung dengan dia, dia akan tegur, walaupun dengan 'Selamat pagi', 'Dah minum" masa pagi, dan 'Dah makan?' masa tengahari. Saya sering terjumpa Makcik C dalam tandas ketika hendak mengambil wudu' untuk solat Zuhur. Makcik C akan terus bercerita mengenai apa sahaja, politik ke, kekeluargaan ke, agama ke, semua ada dalam poket Makcik C. Saya ok aja dengan cerita-cerita Makcik C. Saya hanya perlu dengar tanpa membalas yang berjela. Tapi ada di antara kawan-kawan yang tidak senang dengan keramahan Makcik C. Their choice la kan.

Hari yang tidak menyenangkan saya bermula bila saya terdengar pintu tandas terhempas dengan kuat beberapa kali. Rupa-rupanya Makcik C yang mengamuk. Ha itu kali pertama saya tengok dia mengamuk. Bila saya datang dekat, tak ada senyuman, tak ada teguran dari Makcik C. Tak pernah terfikir Makcik C akan jadi marah macam ini, atas sebab yang saya sendiri tak tau. Saya fikir, mungkin esok-esok, Makcik C akan tenang dan kembali kepada perangai yang biasa.

Haha. Makcik C, terus memasamkan muka sehingga berminggu-minggu. Dalam tempoh itu, saya cuba untuk bertegur sapa dengan Makcik C. Dari jauh, saya sudah melemparkan senyuman saya paling manis. Effort itu memang hampas. Makcik C terus toleh tempat lain. Dari seorang yang peramah, Makcik C terus bertukar menjadi pembengis. Tapi saya tak rasa personality changes itu permanent, temporary mungkin.

I was right. Satu pagi, dari jauh saya nampak Makcik C tersenyum2, dan bertanya 'Dah minum?'. Dengan semangat, saya menunjukkan bungkusan nescafe ais saya. Dan selepas itu, Makcik C bertukar kembali menjadi makcik yang super peramah. Dan saya suka. Saya lebih suka Makcik C yang peramah dari pembengis.

Tidak semua orang boleh dijangkakan. Tidak semua orang mudah untuk didalami. Saya cuba untuk fikir, bagaimana rasanya menjadi Makcik C. Bekerja sebagai cleaner, berbual dengan semua orang, yang kadang-kala orang-orang itu membuat muka yang terang-terang tidak mahu berbual dengan nya. Saya pernah jadi cleaner, tapi saya tak pernah jadi cleaner yang cuba bercakap-cakap dengan orang yang kerjanya secara realiti lagi bagus dari cleaner. Dan saya ini jiwanya kecil. Saya tidak seperti Makcik C yang senang untuk berbual-bual dengan sesiapa sahaja. Mungkin ada yang berkata, Makcik C tak segan dan tak paham bahasa. Tak segan dan tak paham bahasa, tak beerti orang seperti Makcik C tak punya hati dan perasaan sampai kita boleh buat sesuka hati atau cakap apa saja kepada dia. Saya tak tahu apa yang terjadi kepada Makcik C dahulu, tapi harapnya Makcik C sudah fully recover. Kerana saya perlukan senyuman seperti Makcik C sebagai dose kegembiraan setengah hari.
Jadi kesimpulannya di sini, jiwa Makcik C lebih besar dari jiwa saya.

Itu cerita Makcik C. Banyak lagi cerita mengenai Makcik A to Z, Pakcik A to Z, Makcik 1 to 9987878, paham kan? .

Saya cuba untuk fikirkan segala kesan-kesan yang berlaku atas tindakan saya. Senang untuk tidak merasa apa-apa yang salah, kerana kita sendiri akan memberi justifikasi untuk diri sendiri. Yang perlu ialah, cuba fikir jika kita di tempat orang tersebut. Dia suka? Dia tak suka? Atau dia benci? Dia sedih? Jika kita dapat berfikir dengan adil, makanya kita tidak akan berbuat sesuatu yang akan mendatangkan kesan buruk pada orang tertentu.

Untuk berfikir dengan adil, itu susah. Tapi saya cuba. Haha. I'm starting to like you. Yes, you. I'll make sure your path to happiness will be a lot easier. Savvy?

p/s : Aiya. Tak boleh keluar lagi. Ok, Happy Diwali to those who celebrate it :D
Enjoy this video. Favourite lagu saya, dari fav artist; Daughters - John Mayer . I love u John!



Loves,

Laily (with no Bubuk & Esahbeli.sobs.)





Dua jalan.

Tiba-tiba saya teringat poem 'The road not taken'. Puisi yang saya belajar ketika di menengah 4. Seingat saya, penulis poem ini dalam dilema untuk memilih di antara dua jalan. Samada jalan yang biasa orang lalu, atau jalan yang jarang-jarang dipilih orang. Seingat saya, penulis memilih jalan yang jarang-jarang dilalu orang, dan di akhir puisi mengatakan dia tidak menyesal dengan jalan yang di pilih.


"Kenapa kau tiba-tiba mendalami poem Robert Frost ni Lely?".
Seperti biasa saya tidak sendiri ketika saya merasakan perlu untuk bersendirian. Kaki di sini lagi.

"Aku rasa macam aku ni watak dalam poem tu,".
Sekejap saya dengar Kaki ketawa. Saya tak boleh mencernakan apa-apa yang lucu dari apa yang saya katakan tadi. Kaki berdehem.

"Haha. Kau memang kelakar Lely. Tak sama lansung,".
Oh. Tak sama dan saya ini kelakar. Mungkin Robert Frost juga bukan orang yang kelakar.

" Tak sama kerana, dalam poem itu penulis seorang pengembara yang perlu memilih di antara 2 jalan. Kau pula, bukan seorang pengembara. Dan dua jalan yang konon kau kata dalam dilema ini, bukan jalan yang asing. Kau dah pernah cuba 2-2 jalan ini. Paham? ".
Saya hanya boleh tersengih. Jawapan Kaki sangat solid, dan tidak ada yang tidak benar.

" Kau hanya akan mengulangi kesilapan yang sama jika kau pilih jalan-jalan ni. Tak ada yang akan berubah. Kau sendiri tahu mana penyudah 2 jalan ini,".
Saya memang hanya boleh tersengih. Dan otot muka saya hampir kejang. Benar. Tak ada yang salah pada kata-kata Kaki. Saya memang arif dengan destinasi kedua-dua jalan tersebut.

" Tapi Kaki, aku tak ada pilihan jalan lain,".
Saya dengar Kaki ketawa. Saya sengih lagi, kurang tangkap kalau-kalau ada jenaka tersembunyi.

"Kau jangan pura-pura ye Lely cakap tak ada pilihan. Kau ada pilihan untuk tak pilih mana-mana jalan. Duduk diam kat simpang jalan tu,".
Haha. Saya gagal meyakinkan Kaki. Dan mungkin Kaki berjaya menggagalkan hasrat saya untuk memilih di antara dua jalan.

"Tapi Kaki, tak apa ke kalau aku duduk diam saja di simpang jalan tu?".
Yela. Saya perlu memilih di antara dua jalan untuk terus ke depan. Kalau saya statik di persimpangan jalan, ibarat saya tidak membuat apa-apa progress. Plateau.

"Lely, ada orang cakap hidup ni berkenaan membuat pilihan yang betul. Tapi kita perlu ubah, 'membuat pilihan yang betul, pada masa yang betul'. Kan ada yang cakap, 'Good things happen to those who wait'. In your case, kau kena tunggu helikopter datang di simpang jalan, dan bawa kau ke jalan selain dari jalan-jalan yang ini.haha,".
Wah. Sampai begitu sekali. Tapi saya suka. Saya pun belum pernah menaiki helikopter, even dalam mimpi.

"Tapi Kaki, kalau helikopter tak datang-datang macam mana?".
Kaki tertawa kecil.

" Maknanya, masa yang betul belum sampai lagi. Keyword di sini ialah sabar. Ok?".
Ok. Tapi bagaimana pula kalau masa yang betul memang tak sampai-sampai?

" Keyword Lely, keyword. Patience! ".
Memang saya hanya mampu sengih kali ini. Sabar adalah perkara terbaik yang saya boleh lakukan saat ini.

" Fine Kaki, fine,".
" Eh Lely while you wait, try imagine Neal Caffrey yang datang jemput kau dengan helikopter.It will help.Haha,".
This brilliant idea of Kaki really make me smile ear to ear la.

" Forever I'll wait Kaki :D,".

p/s : Kita sentiasa ada banyak pilihan. Here's my choice, heeeeeeeeeeeeeeeee


Beri saya erti gembira atau bahagia.

Assalamualaikum wbt.

Hari sabtu yang bahagia dan menyenangkan. Saya di rumah berhujung minggu, dan gembira2 sahaja di sini. Ada orang mungkin pelik kenapa saya gembira saja di rumah, bukan di tempat2 luar dari rumah ie sopping mall, panggung wayang atau taman bunga. Sama juga dengan lelaki pertengahan umur yang saya jumpa di kedai makan dekat dengan dmart. Ketika saya menunggu char kuew teaw siap, dia memulakan bicara; "Tak ke bandar melaka malam ini?". Saya agak terpinga2 mendengar soalan lelaki itu, saya jangka soalan itu utk orang lain, memandangkan saya sahaja di situ saya jawab dengan pertanyaan semula.
"Ada apa di Melaka?". Saya nampak lelaki itu menggelengkan kepala.
"Kan malam ini ada sambutan hari merdeka,". Saat itu baru sy tersedar kenapa saya cuti panjang.hehe.Tapi jawapan saya pada lelaki itu pendek aja.
"Oo..,".
"Masjid Tanah ni mana ada apa2. Tak ada hiburan. Tak boleh gembira2. Sana ada bunga api. Betul tak ke sana?". Ada nada sinis dan kurang percaya pada suara lelaki itu yang memualkan.
"Ya. Saya tak kisah dengan semua itu,". Saya senyum. Lelaki itu diam sahaja tanpa balasan. Sejurus kemudian char kuew teaw siap, dan saya terus berlalu meninggalkan kedai makan dan lelaki itu.

Beri saya erti gembira atau bahagia.

Bagi lelaki tadi, salah satu sumber kegembiraannya adalah menyambut hari merdeka dengan menonton bunga api. Rasanya malam itu mungkin dia tidak gembira kerana hanya duduk keseorangan di meja makan. hehe. Pusat kegembiraan dan kebahagiaan untuk saya sekarang adalah keluarga. Jika keluarga saya itu bahagia dan gembira, saya turut sama rasa kebahagiaan itu. Kegembiraan dan kebahagiaan saya sudah jadi mobile, kerana hanya mendengar suara atau berita berunsur kegembiraan/kebahagiaan dari keluarga sudah cukup membahagiakan. Lebih lagi jika berada bersama mereka.

Ibu.

Melihat senyuman pada wajah ibu, priceless. Melihat ibu tertawa riang, ada efek kupu-kupu berterbangan dalam perut. Jika dulu saya pernah rindu untuk mendampingi seseorang, tidak lagi. Jika boleh, setiap masa dan detik saya ingin dampingi ibu. Impian terulung, ingin membahagiakan ibu. Jika ibu bahagia, saya lah orang paling bahagia dalam dunia. Betul.

"Mak nak tengok kamu berkahwin. Lega rasanya nanti,". Saya gelak sahaja, kerana bagi saya itu kanser yang bercakap.
" Perlu ke?".
" Iya la. Kalau sorang-sorang nanti macam mana,". Saya gelak lagi.
" Kan mak ada. Saya tak sorang pun,".
" Kalau umur mak panjang,". Saya tak mampu untuk gelak. Saya menangis pula.

Waktu terus berputar.

Takdir hidup mesti dijalani. Brace yourself.


p/s : I know who you are. Insecurity kills.

Happy Ramadhan!

Salam semuanya!

Bulan puasa datang lagi. Yeahhhhhhh! Dan saya, tiba-tiba ada mood nak update blog walaupun progress report slide presentation tak siap lagi. Sebenarnya saya tak ada mood dah nk siapkan slide. Macam otak tepu.
Oh, disebabkan ketepuan otak, otak saya berfikir bermacam-macam cara untuk mengurangkan ketepuan otak.
Saya sudah berkaraoke sendirian dengan lagu Ungu -->
"Dan izinkan akuuuuuu, memeluk dirimu kali ini sajaaaaaaaaaaaaaa,
ku ucapkan selamat tinggal untuk selamanyaaaaa
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimuuuuuuuu"

Dah semestinya itu lagu Cinta Dalam Hati. So sweet.

Btw, saya baru check saya punya statcounter untuk blog ni. Dah bertahun tak check, tapi ada entry yang menangkap mata saya. Entry dari UPM campus network. Everyweek check blog saya? Are u a fan/pan? (ala-ala artis korea pronounce fan) Malangnya saya tak update blog tiap-tiap minggu ye. Ada la sedikit2 kawan kat UPM tu. Ko ke Asie? Ko ke Shira? Kalau saudari bukan kawan saya, sila la tanpa malu-malu untuk email saya --> lailyabdullah@gmail.com
Blog ni sejak 2 tahun yang lepas sudah ada direction yang lain. Mula-mula saya ada blog lain, tp dah tutup blog tu. Blog yang saya membebel pasal semua benda. Blog yang ini, start nya dengan Kaki. Cuma sejak setahun lepas, saya kurang bagi entry Kaki, atau yang benarnya saya jarang update. Apa-apa pun, visitor from UPM campus network, no matter who you are (Asie ke Shira ke Wani ke) pls reveal yourself okeh. Nanti I tak boleh buat keje fikir siapa visitor from UPM campus network. If you are a fan/pan, nanti kita boleh bukak puasa sama-sama ye. My treat (kekekeke). Ni serious, whoever you are.

Should I go home now? Kepala saya sakit sudah. Tapi Ramadhan kali ini, mengingatkan saya pada entry Ramadhan hampir 3 tahun dulu. Entry itu untuk seorang sahabat, tapi keadaan sudah berubah sekarang, di mana saya berada dalam keadaan sahabat saya 3 tahun yang lepas. Baca balik entry tu, boleh buat saya tersenyum. Thank you Kaki! Muah muah!


Kena balik rumah ni. Jadi di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah silap yang pernah saya lakukan sama ada saya sedar atau tidak. I am very much a different person now, kalau dulu sangat childish dan buat perkara2 yang bongok dan memalukan sampai hari ini. Haha. Ok, Happy ramadhan everyone. Sila la berlumba2 untuk membuat ibadat di bulan puasa ini.

Eh sebelum tu, saya rasa lagu all-time-fav saya ialah lagu ni. Sayup hatiku.
Biarla kusimpannnnnnnnn, sampai nanti akuuuuuuuuuuuuuuuuuu, kan ada di sanaaaaaaaaa,
tenang la dirimuuuu, dalam kedamaiannnnnn,
ingatlah cintakuuuuuuuu



Salam sayang,
Lely (bubuk tak de kat sini)



Saya seekor kucing.

Lewat petang saya berjalan pulang dari fakulti. Perjalanan saya itu memerlukan saya berjalan di hadapan sederet kedai-kedai yang terdiri daripada kedai perabot, kedai dobi, kedai cetak dan juga hotel murahan. Selalunya tika jalan di deretan kedai itu, saya hanya pandang ke hadapan sahaja. Kata kawan saya, abang-abang di kedai perabot itu suka mengusik. Yang pasti sejak saya menggunakan laluan itu, hampir tiap hari, tidak ada yang mengusik. Al maklum saja lah, saya tak secomel kawan itu. Tapi, hari ini, ketika melewati kedai perabot, saya ternampak seekor kucing di celah-celah pasu. Kelihatan kucing itu seperti sedang menguis-nguis. Saya fikir, kucing mahu melepaskan hajat. Ternyata tidak, kucing seterusnya merebahkan badan seperti senang-senang aja mahu berehat.

Itu kucing. Saya jadi cemburu dengan kucing. Walaupun saya boleh saja merebahkan badan dan berehat-rehat gaya kucing itu, namun rasanya fikiran saya tidak boleh berehat. Adakah kucing itu fikirannya kosong? Adakah kucing tak fikir apa-apa permasalahan? Atau memang kucing hidupnya tiada masalah. Mungkin juga, kucing area Chow Kit senang untuk mendapat makanan. Senang juga untuk mendapat teman sepermainan, malahan senang juga untuk berpacaran. Saya terfikir, jikalau kucing ada masalah, adakah kucing akan berdoa pada Allah? Adakah kucing mengadu pada Allah? Mungkin ya, mungkin tidak. Adalah menjadi masalah pada kucing jika terdapat manusia yang suka memukul-mukul dan menganiaya kucing. Mungkin kucing mengadu pada Tuhan Pencipta Alam diam-diam dalam hati. Tapi, walaupun tanpa mengadu, Allah kan Maha Mengetahui. Setiap perbuatan jahat atau aniaya, Allah tahu. Allah memang tahu.

Jadi, kenapa saya perlu bersedih dengan setiap ujian yang datang pada saya. Allah itu Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang saya lakukan, dan apa yang penzalim lakukan. Saya hanya perlu redha. Itu yang hati saya katakan. Redha itu walaupun perkataannya hanya mempunyai 5 huruf, maksudnya berat. Penghayatannya berat. Saya sedih sekarang mungkin kerana saya belum sepenuhnya redha dengan segala macam ujian ini. Semoga Allah memberi saya petunjuk dan jalan untuk menjadi hamba yang redha. Saya yakin satu hari nanti, saya akan melalui segala ujian ini dengan tenang. Saya yakin boleh! Hanya masa menjadi penentu. Insya-Allah.

p/s: Saya masih cemburu dengan kucing yang suka melepak itu.Kucing yang tak perlu bersusah payah belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana. Haih kucing.