Pasti tumbuh kembali.
seperti biasa.gambar ihsan dari flickr Saya mahu tanam bunga. Bunga ros. Boleh? "Mestilah boleh. Kau suka ros.Aku tau. Kedengaran gelak gedik si Kaki. Bingung. Di luar rumah saya, ada 3 pasu bunga ros yang masih anak. 3 warna. Kuning, merah dan putih. Saya paling suka ros yang warnanya putih. Suatu ketika dulu, saya sukakan ros kuning. Ahhh~ Pilihan berubah2 mengikut peredaran masa. PLANGGGGG! Bunyi itu datang nya dari luar rumah. Oh.Si Tukang cat jatuh tangga. Kasihan. Dia sudah bangun. Tetapi, ada yang lagi kasihan. Anak bunga ros putih telah rosak. Tunas nya mungkin patah Pasu itu sudah lari dari paksi terdahulu. Tanah dari pasu tertumpah ke lantai. Saya sedikit kecewa. "Lely! Bunga ros putih kesukaan kau dah tergolek kejam!". Tergolek kejam? Siapa kejam? Siapa yang kejam di sini? Seseorang perlu kejam. "Tukang cat!!!!!!! Kamu kejam!". Saya nampak si tukang cat terkejut. Muka nya berkerut. Tukang cat letak pasu bunga ros putih ke tempat asal. "Kamu kat...