Cupcake ke muffin eh?
Salam. Ini cupcake ke muffin eh? Mungkin muffin, sebab ini resipi muffin. Hehehe. Percaya tak, muffin ini saya buat. Kalau tunjuk kat kakak-kakak saya ni, mesti berpusing-pusing mata mereka kerana tidak mahu mempercayai (gurau je.jangan ambil hati). Penimbang berat di Briscoes Petang tadi, setelah puas bermalas-malasan dengan sang bubuk, saya keluar untuk membeli cocoa powder dan brown sugar. Bukan itu saja, saya sempat singgah di Briscoes, dan membeli penimbang berat. Kenapa beli penimbang berat? Satu,s ebab penimbang berat yang saya beli letaknya di bahagian clearance. Tekala berapa harga penimbang tu. Kalau betul tekaan anda, saya belanja makan muffin buatan saya (hahaha.gila kedekut). Kedua, sudah 2 bulan saya tidak timbang berat. Konon2 dulu, berat turun mendadak, tapi sekarang berat naik menggila2. Aquaman Saya singgah Jay Jay's untuk melihat2 t-shirt kegemaran yang tak terbeli lagi. Sedih, punah, hati pecah. T-shirt aquaman dah tiada!!!!! Ada satu je yang tinggal kat bahagia...