Posts

Showing posts from October, 2007

Langit - mendung- awan- kelabu- tak-suka.

Ahad - 11.00 pagi. Saya meninjau di balik langsir. "Wahhh.Cerah - langit - biru - cantik -suka,". Saya senyum lebar. "Kalau ye pun suka, tak payah la dramatik sangat. ok?". Hehe. Saya tau.. Kaki jeles. "Ok!Kau tau Kaki, semalam dan kelmarin hari mendung. Mendung-mendung ni buat aku mendung gak,". Kaki tertawa kecil. "Sekarang mendung lagi?". "Tak laaa..". Kami diam. Saya tengok lagi langit biru. Langit biru kembali memberi ketenangan pada saya. "Kau tau Lely, tak selamanya langit itu mendung, penuh dengan awan kelabu. Walaupun, hampir setiap hari mendung, pasti langit akan cerah kembali. Pasti!". Saya tau itu. Akan ada angin yang kuat untuk menolak awan kelabu ke tempat lain. Sebab itu kita perlu sabar dengan angin yang sejuk. Kan kan kan? Tapi kadang-kadang, dalam menantikan langit cerah kembali, kita boleh jadi orang yang berputus asa. "Putus asa pada siapa Lely?!". O.o.o.saya silap cakap kah? "Pada siapa? Tad...

Laily dan seorang kenalan.

Salam. Kadang-kadang, saya tidak ngerti, kenapa kita tertawa. Lucu benar kah untuk ditertawakan? Saya, lebih banyak ketawa dan kurang bercakap. Walaupun saya consider diri saya sebagai orang yang tidak banyak cakap, tapi saya sebenarnya banyak cakap.haha.mungkin saya hanya bercita2 untuk menjadi pendiam. (cita-cita besar untuk menjadi pendiam) Tanya pada kawan-kawan saya, tak akan ada yang akan mengatakan saya pendiam. Namun begitu, saya menjadi diam pada masa-masa tertentu. Hari ini saya diam. Saya tidak tahu mengapa. Bila orang tanya kepada saya mengapa saya diam, saya mencari-cari jawapan yang sesuai. Lalu, saya katakan, 'sebab hari ini hari sabtu'. Dan mereka pun, 'ohhh, hari sabtu'. Bila saya fikir kan kembali, saya tertawa sendirian. saya ketawa begini 'hihi'. Sejak bila agaknya saya menjadi kan hari sabtu sebagai hari saya menjadi pendiam. Pelik-pelik aja. Ada seorang kenalan rapat saya berkata, 'manusia memang pelik, manusia memang 'macam-macam...

highlights of end of lectures for 3 courses.

Image
biol252 - Tumbuhan tidak bodoh. Plants are not stupid. Even though they are not motile (can't move), they have many mechanisms in dealing with stress (water stress, temperature stress) . Matthew. biol 272 - Kasihan badak. Dehorning of rhinos make rhinos look unattractive. It would be difficult for these rhinos to find mate. Jason. (kesian badak la.Badak pun nak kawin jugak.Jangan ingat badak tak de perasaan.hihihi) bchm201 - I love Ashley! Let's break early today, so that you can enjoy the sunshine out there. Ashley. (keluar 20 minit awal.hehehe) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. (IKHLAS DARI 58 ILAM GIRLS). HEHEHE.

I'm not that cool la.

Kau ni nampak cam cool. Kewl~~ (sambil bersiul.haha) Jawapan : I am not that cool la. Sebab? Jawapan : Sebab, aku ni kawan kau. Aku terdiam dengan apa yang kau buat selama ni. Aku sedih la. Kawan aku sendiri buat kesilapan. Kalau kesilapan besar hati nyamuk, tak pa. Mata aku rabun. Guna mikroskop, baru boleh nampak. Ni kesilapan macam besarnya bangkai gajah. Macam mana ni? Stop kan la kesilapan tu. Aku sedih. Serius. Aku sedih melihat kau melakukan kesilapan berulang-ulang kali. Kau mungkin tidak ada rasa malu pada aku. Tapi, pada Tuhan?? Bagaimana? Ala.Kau tak berada di tempat aku. Kau mana tahu. Atau, kau belum berkesempatan untuk merasa lagi. Semua orang buat gitu. Cool la sket. Jawapan : Kau ni tak ada akal ke? Jangan sampai tahap kau rasa perbuatan mungkar itu tak membuahkan dosa. Na'uzubillah. Sama-sama manusia. Kita kawan. Kau buat aku rasa serba salah. Aku mahu menegur, tapi takut ada yang tertarik muka masam. Atau mungkin, cara aku menegur, tidak begitu berhikmah lagi. J...

Jatuh tersungkur.

Saya berlari-larian. Wah.Seronok. "Kaki, seronok kan berlari?". Kaki diam. "Dulu kau kata, bila aku berlari, orang-orang yang mentertawakan aku kalah. Dan aku menang,". Kaki tak menyahut. Kaki diam sahaja. Saya berlari lagi. Seketika kemudian, saya tersadung batu yang besar. Saya jatuh. Siku saya berdarah. Pedih yang saya rasa. Keseronokan berlari terus hilang. "Sekarang, masih rasa seronok berlari?" Ha? Sinis betul Kaki ni. "Siku berdarah, rasa pedih, tak ada rasa seronok lagi,". Itu jawab saya. Saya imbas kembali. Saya berlari terlalu banyak. Saya terlalu mengejar keseronokan berlari. Seronok kerana saya fikir saya menang, dan yang lain-lain kalah. Eh.riak betul. "Kita silap Lely. Kita sama-sama silap. Kita riak,". Saya fikir begitu juga. Saya terlalu inginkan rasa kemenangan itu, sehingga saya lupa yang saya boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja. Saya leka. Saya lupa. Saya jatuh lagi kali ini. Luka itu biarkan berparut. Parut, biar ...

Kasihmu seharum kasturi serta Kisah dongeng Pari-pari Aufa dan Sang Laily!

Image
Salam. Bila rindu. Bila lagu raya Aman Shah 'Kepulangan yang dinanti' menampar-nampar telinga saya berulang-ulang kali, tewas la saya. Nak menitik air mata ni (sedih ok lagu tu!). Tidak mengapa, walaupun lagu raya itu menyedihkan, saya suka juga dengar banyak-banyak kali. Dah tau homesick, lagi mahu layan itu perasaan homesick. Bila sudah rasa rindu pada rumah, saya ingat mak, saya ingat abah, atuk, nenek, along, kak lin, kak ina, boja, boboy and the anaks buah. Bila sudah ingat pada mak, saya teringat pada kuih-muih yang mak suka buat dan saya pun suka makan. Bila teringat pada kuih-muih, mula la ada rasa mahu makan kuih muih itu kan. Kalau dah ada rasa mahu makan, mesti la kita nak makan kan. Tak pernah pula saya jumpa gerai kat Christchurch jual kuih seri muka dengan karipap pusing (gerai pun tak dak). Kerana kasihankan perut, dan rindu pada emak yang membuak2, saya buat juga la kuih muih yang saya suka makan tu. Kuih seri muka ok lagi la nak buat. Tade la mengambil masa ber...