Posts

Showing posts from May, 2008

Jangan tinggal aku.

Hari ini hujan. Hujan renyai-renyai. Tahu tak, saya suka suasana ketika hujan renyai-renyai. "Tahu,". Suara itu seperti biasa saya dengar. Tapi saya yakin, hanya saya seorang saja disini. "Lupa pada aku?". Saya amati suara itu. Saya yakin, saya kenal suara itu. "Kau, lupa pada aku. Aku sesaat pun tidak lupa pada kau,". Lansung tidak ada keramahan dalam suara itu. Saya paksa otak utk berfikir lebih keras. Siapa? siapa? "Sudah jumpa apa yang kau hilangkan itu?". "Aku? Apa yang aku hilang? Cash point sudah aku jumpa. Ada dalam drawer rupanya,". Kedengaran suara itu tergelak kecil. "Aku rasa yang kau hilang itu 'aku'," . "Ha?! Aku confuse,". Ya.Saya confuse. Siapa? "Aku. Kaki,". Mulut saya terlopong. Saya terjelepok ke lantai. Saya menangis semahu-mahunya. "Jangan tinggalkan aku lagi Kaki,".

Terima kasih Tuhan.

Entri khas buat kalian yang sentiasa berada di samping saya, diwaktu senang mahupun senang. Hari ini hari lahir saya, 20 may. Jadi, secara official nya, saya sudah berumur 22 tahun. Satu tahun lebih tua dari tahun lepas. Adanya hari ini, lebih membuka mata saya untuk memandang sekeliling saya. Apa yang saya ada, apa yang telah peroleh semuanya lebih jelas pada hari ini. hehehe. Bagus juga ya menjadi tua, mata lebih peka, fikiran lebih wise (hopefully...hihi). Selamat hari jadi kepada saya. Apa yang saya ada sepanjang 22 tahun di sini. Saya mempunyai kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa, dan pada RasulNya. Terima kasih Tuhan. Saya mempunyai ibu bapa yang sentiasa sayangkan saya. Terima kasih Tuhan. Saya mempunyai set tubuh badan yang lengkap.Terima kasih Tuhan. Saya mempunyai akal yang masih waras.Terima kasih Tuhan. Saya mempunyai terlalu banyak benda yang untuk terus disenaraikan di sini. Terima kasih Tuhan. Apa yang saya peroleh sepanjang 22 tahun di sini. Saya memperolehi kawan-ka...

Ia menyakitkan.

Image
Ia menyakitkan, bila terlangkah ke jalan yang salah dan tidak mampu untuk berpatah balik. Ia menyakitkan, bila kesilapan itu berlaku berulang-ulang kali. Ia menyakitkan, bila kita tidak mampu untuk mencegah kesilapan itu dari berlaku. Ia menyakitkan, bila kita tidak mampu untuk meyakinkan yang tersayang bahawa dia melakukan kesilapan. Ia menyakitkan, bila yang tersayang itu buruk sangka kepada kita. Ia menyakitkan, bila yang tersayang itu dilanda kesusahan diatas kesilapan yang dibuat. Ia lagi menyakitkan, bila kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk menolong yang tersayang itu. and the list goes on...suit yourself. Saya kecewa. but what to do?? Oh. I feel like hitting my head against a dinding. mungkin bercakap dengan sebatang pokok lagi bagus.

Bilik gelap dan camera filem.

Image
Salam. Hari ini hari ahad. Lagi 4 jam, sudah masuk hari Isnin. Nampaknya, hari ini sangat tidak produktif, tetapi saya masih mahu merekodkan dalam entri ini (bukan yang produktif saja ye). Saya malas. Saya malas dan saya malas. Bukan di sini sahaja, malah saya turut memberitahu kawan saya, yang saya malas pada hari ini. Bagi saya, memberi alasan 'saya malas' dan terus berkelakuan malas adalah sama seperti memasuki bilik gelap . Whoaaaaaa. Saya masuk ke dalam bilik gelap , dan terus mengunci diri dalam bilik gelap . Gembira sekali, kerana saya selesa dalam bilik gelap . Berada dalam bilik gelap , membolehkan saya lupa pada tanggungjawab, assignments, lab reports dan lain-lain lagi. Dalam bilik gelap , hanya ada saya dan gelap. Disebabkan gelap, ada alasan lain untuk tidak membuat kerja. Yela, macam mana nak buat kerja dalam bilik yang gelap. Sekurang2nya kena la ada lampu belajar kan. Dan dalam bilik gelap juga, tiada stationery untuk membolehkan saya menyiapkan kerja2 dan ass...

Toilet seat dengan heater.

Assalamualaikum wbt. Hai kawan-kawan. Apa khabar anda semua? Harap semua-semuanya baik-baik belaka. Malam ini sejuk, siap hujan lagi. Haih...memang sejuk la. Saya menaip entri ini dengan berlatarbelakangkan bilik yang semak. Saya tak kisah, selagi mata saya boleh tahan, saya ok aja. Di malam yang sejuk ini juga, saya ditemani coklat roast almond dan secawan aiskrim vanila. Aiskrim itu saya mampatkan dalam cawan, kemudian dituangkan air coke ke atasnya. Ala-ala float root beer kat a&w dulu. Kenapa saya makan aiskrim malam ini? Sebabnya, untuk mengadakan ruang dalam freezer untuk bubuh ayam mentah. Sejuk-sejuk begini kan, ditambah dengan meminum air coke bercawan2, memang la akan membuatkan ginjal saya cergas berfungsi. Nak tak nak, terpaksa la pergi ke toilet yang sejuk tu. Alangkah bagusnya, kalau toilet seat tu ada heater. Haaa.paham x? Takde la takut2 nak duduk kat toilet seat tu. Kepada engineer-engineer dan pakar-pakar pembuatan toilet, sila la buat toilet seat yang ada heater ...