Posts

Showing posts from March, 2009

Tenanglah dirimu.

Langit itu warnanya biru.Saya suka langit biru. Langit itu kadang-kadang kelabu kerana ada awan kelabu yang melitupi warna biru langit. Seseorang pernah mengajar perkara itu pada saya. "Hari ni langit kelabu Lely,". Itu suara Kaki. Kaki masih menemani saya di sini tanpa jemu. Saya dongak ke langit, memang betul langit kelabu hari ini.  "Kau tahu Kaki? Kalau dahulu, aku akan bersedih bila melihat langit kelabu,". Langit kelabu membawa mood gloomy pada saya.   "Ah kau memang senang dipengaruhi dengan cuaca. Mengapa mesti rasa sedih atau gloomy, dah cuaca ditakdirkan jadi begitu,". Saya hampir tergelak mendengar kata-kata Kaki. "Haha.Ye, aku mengaku dulu aku mmg begitu,". Langit kelabu tadi sudah menjadi hitam.Mungkin hujan akan turun tak lagi nanti.  "Sekarang sudah tidak begitu Lely?". Saya senyum.  "Tidak,". Untuk seketika Kaki diam juga, sampai satu saat saya ingin tersenyum lagi. "Kau tahu kenapa aku tidak begitu lagi?...