Posts

Showing posts from May, 2009

Kembali

Al-fatihah untuk sepupu ipar saya, Abang Man yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam. Dari Allah kita datang, kepada Dia jua kita akan kembali. T_T

Bulat.

Image
Saya peluk Bulat. Kemudian, saya cium Bulat. Wangi bau Bulat. Segar.Nyaman. Saya bertanya khabar Bulat. Bulat senyum sahaja. Bisu. Saya seronok jika Bulat berlawan cakap dengan saya, saya yakin amat menghiburkan. Tapi, Bulat hanyalah Bulat. Walaupun Bulat hanyalah Bulat, saya tetap sayang Bulat. p/s: oh ye, 20 may hari jadi saya.terima kasih kepada semua yang telah meraikan, menghantar ucapan hari jadi dan lain2 lagi.

Hari-hari pun boleh makan sambal.

Image
Ha serbuk cili babas ni serbuk cili ajaib. Keajaiban nya baru saya sedari 2 minggu yang lepas. Rupa-rupanya serbuk cili ni kalau dibancuh dengan air, jadila ia seperti cili mesin (cili yang dah diblend dgn blender).  Adoiii mak aii! Punya la slow aku ni sampai aku baru tau kegunaan serbuk cili babas (aduhh memang slow gila). Sebelum ni, pernah juga tgk kawan2 guna serbuk cili babas ni, tapi diorang main tuang je dalam kari ke rendang. Masa tu saya fikir, serbuk cili hanya untuk bagi rasa pedas (mmg tu pun kegunaan dia). Yang pentingnya, sekarang dah tak ada masalah untuk saya makan sambal tiap2 hari. Sungguh mudah, bubuh serbuk cili dalam mangkuk, pastu bubuh sedikit air. Kacau-kacau sedikit, taraaaaaaaaa jadilah seperti cili mesin dan sedia untuk dimasak. Menggunakan serbuk cili babas juga amat memudahkan dan menjimatkan waktu saya utk memasak sambal atau asam pedas. Sebab, kalau guna cili kering, proses2 nya adalah seperti (mengikut urutan) 1. gunting cili untuk buang biji 2.rebus ci...