Posts

Showing posts from August, 2009

Tak tahu malu.

Menjelang malam hari, saya sakit kepala. Semalam saya demam teruk, tetapi setelah menelan ubat demam + actifast 6 biji, panas badan saya reda ke suhu 36.5 darjah celcius. Sakit kepala saja yang berulang-ulang. Kerusi goyang-goyang yang baru mak saya beli sangat menyelesakan sambil saya rajin melayari internet melihat perkembangan semasa seluruh dunia. Apa yang saya baca, lihat dan dengar kadang-kadang sangat meyedihkan. Mungkin biasa bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi saya. Remaja sekarang saya lihat sudah kurang sifat malu dan lebih biadap. Sesetengah merasa malu untuk mempunyai sifat malu. Boleh dikatakan mereka-mereka ini sangat bangga dengan sifat berani yang sering mereka pertontonkan di khalayak ramai. Ya lah, bak kata orang malu biarlah bertempat, tapi saya rasa 'tidak tahu malu' pun biarlah bertempat. Satu petang di kelas agama yang saya hadiri pada usia 11 tahun, Ustazah Rohana mengajarkan pelajaran Jawi berpandu buku teks Jawi. Tajuk pelajaran Jawi pada hari itu...