Posts

Showing posts from October, 2009

Sungguh! Aku rindu dia.

Semalam saya berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang saya kenal cuma sudah lama tidak bersua muka. Perwatakannya menyenangkan. Wajahnya, kacak! Hehehe. Dia berkongsi dengan saya sebuah puisi. Jujur, saya terkejut. Rupanya dia ada bakat dalam berpuisi juga. Di bawah ini, puisi dia. Enjoi! Hitam. Sempit. Kotak gelap? Nafas sesak. Aku mencari kamu. Kamu! Di mana? Di sini bukan? Kamu janji, di sisi aku sentiasa. Tapi sekarang, mana hilang kamu? Kamu, jangan tinggal aku. Jangan!!! Bukankah sifatmu itu setia? Aku sedar sini masih hitam. Pekat. Masih sempit. Haruskah kau tinggalkan tempat mu di sini? Kamu! Aku terlihat semula segala yang manis, pahit tika kamu di sini. Yang sepahit hempedu, kau tetap di sini. Kamu! Dalam gelap, aku terpandang kamu. Dalam gelap, aku terdengar suaramu. Dalam gelap, sakit ku rasa. Hati tertusuk. Pedih! Ya Allah! Aku mohon bawakan aku siang. Bawakan aku cahaya. Beri aku ruang, agar dia bisa di sini semula. Sungguh! Aku rindu dia.

Babai Cik Kekesalan.

Kadang-kadang, sebelum melelapkan mata di malam hari, saya terkenang pada Cik Kekesalan. Saya tidak pernah jumpa Cik Kekesalan. Tapi, Cik Kekesalan kata separuh dari dirinya ada pada saya. Macam bercinta pula dengan Cik Kekesalan, konon-konon, hati atau jantung Cik Kekesalan itu ada pada saya. Jika Cik Kekesalan boleh dengar suara hati saya, dengar ya saya mahu nyanyi. Kalau Cik Kekesalan sudah dengar, datanglah pada saya kerana saya tidak tahu di mana Cik Kekesalan berada. Dengar ya Cik Kekesalan.Dengar ya. Selama aku masih bisa bernafas, masih sanggup berjalan, ku kan selalu memujamu, meski ku tak tahu lagi..engkau ada di mana, dengarkan aku..ku merindumukan mu!!!!!!!!!!!! Saat aku mencuba merubah segalanya, Saat aku menangisi kekalahanku, Aku ingin engkau selalu ada...... "Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!! Suara tak sedap macam tu, kalau aku jadi Cik Kekesalan, meremang bulu roma tau tak!". Tersipu-sipu saya. Sekurang-kurangnya, suara yang tidak sedap ini ada efek pada bulu rom...