Posts

Showing posts from June, 2011

Purse & K-drama

Image
Hari sabtu lepas, saya pergi ke pasar Kuala untuk membeli ikan. Hari tu tak banyak sangat ikan, tapi boleh la, dari tak ada lansung ikan kan. Jadinya beli ikan gelama dengan ikan cencaru. Bila nak bayar kat nyonya tu, saya keluar kan purse. Purse ni asalnya jenama Guess, kaler hitam putih. Masa baru beli memang cantik tak hengat la kan. Masa nak keluarkan syiling dari compartment syiling baru saya perasan, zip untuk compartment tu pun dah karat-karat. Bila saya telek purse tu, besi kat bahagian depan pun dah karat. Bila telek lagi, purse tu dah jadi kaler kuning + hitam. Buruk dah la purse ni. Dalam kereta, saya belek lagi purse tu. Tak sangka sampai begitu sekali jadinya. Saya jadi teringat drama korea Secret Garden. Dalam episode 3, Kim Jo Won(KJW) bengang dengan Gil Ra Im (GRI) sebab beg Gil Ra Im ni buruk sangat. Sampai KJW kata, beg plastik lagi elok dari beg GRI. Beg buruk GRI, siap ada safety pins & muka bengang KJW Dan dalam drama tu ada cakap, standard seorang perempuan n...

Saya sedih.

Satu petang. Saya hanya duduk saja atas pangkin sambil memerhati ombak laut. Saya rasa rindu dengan Kaki. Entah berapa lama saya tidak berbicara dengan Kaki. Saya rindu Kaki. "Aku fikir kau tak perlukan aku Lely,". Itu suara Kaki. Saya senyum sahaja. Untuk berkata-kata, hati saya terasa berat. "Kau sihat Lely?". Ada bunyi-bunyi risau di hujung suara Kaki. "Sihat. Kalau tak sihat, mesti aku di hospital kan,". Saya dengar Kaki ketawa. Lama. "Tak sangka kau pandai berseloroh lagi. Hati sihat? Otak sihat?". Itu rupanya maksud Kaki. Malang sekali, hati dan otak saya tidak begitu sihat. "Aku sedih Kaki. Kadang-kadang rasa macam putus harapan,". Saya dengar Kaki mendengus. Mungkin Kaki tidak suka dengan apa yang saya baru katakan. Jujurnya itu yang saya rasa. Jika tidak lama dahulu, saya sering merasakan hidup saya indah dan saya memang tidak punya banyak masalah, cuma masalah kecil-kecilan yang boleh saya persetankan sahaja. Kini, jika hi...