Beri saya erti gembira atau bahagia.
Assalamualaikum wbt. Hari sabtu yang bahagia dan menyenangkan. Saya di rumah berhujung minggu, dan gembira2 sahaja di sini. Ada orang mungkin pelik kenapa saya gembira saja di rumah, bukan di tempat2 luar dari rumah ie sopping mall, panggung wayang atau taman bunga. Sama juga dengan lelaki pertengahan umur yang saya jumpa di kedai makan dekat dengan dmart. Ketika saya menunggu char kuew teaw siap, dia memulakan bicara; "Tak ke bandar melaka malam ini?". Saya agak terpinga2 mendengar soalan lelaki itu, saya jangka soalan itu utk orang lain, memandangkan saya sahaja di situ saya jawab dengan pertanyaan semula. "Ada apa di Melaka?". Saya nampak lelaki itu menggelengkan kepala. "Kan malam ini ada sambutan hari merdeka,". Saat itu baru sy tersedar kenapa saya cuti panjang.hehe.Tapi jawapan saya pada lelaki itu pendek aja. "Oo..,". "Masjid Tanah ni mana ada apa2. Tak ada hiburan. Tak boleh gembira2. Sana ada bunga api. Betul tak ke sana?". Ad...